Entry: CERPEN KISAH SEBENAR Thursday, June 30, 2005



      



   " Allahhuakbar Allaaahuakbar laillahaillallah" Kedengaran takbir subuh di surau yang berdekatan dengan rumah Salmiah mengejutkan dia dari tidur. Jadual waktu harian Salmiah memang tiap-tiap hari macam gitu. Pagi-pagi bangun, solat subuh, siapkan sarapan anak lelakinya yang seramai enam orang dan mengejutkan suaminya yang harus pergi kerja ke Singapura dengan menunggang motorsikal ke Keppel Shippyard di Tuas.

           Watan dan Salmiah itulah dua insan, sepasang suami isteri yang bertungkus-lumus berkerja untuk menjalani hidup didunia seperti insan-insan yang lain. Salmiah mencari rezeki dengan mengambil upah mengutip biji timah dan menjual kueh-mueh manakala Watan suaminya inginkan gaji yang lebih mencari rezeki ke Singapura walaupun setiap hari berulak-alik dari Pontian ke Singapura. Mereka suami- isteri memang rajin. Orang-orang kampung ada yang suka melihat mereka suami isteri yang memang rajin tetapi ada juga yang cemburu melihat mereka yang semakin senang keadaan hidup mereka."Aku nak tengok sampai bila si Watantu boleh tahan ulak-alik. Nanti bila badan dah sakit, umur dah tua baru dia tahu" Ucappan Pak Khamis di warong Mak Timah. Pak Mail mencelah " Si Watantu, semenjak dah ada motor, sombong semacam. Nak singgah di warongni  duduk main dam pun susah. Dulu masa tak ada motor, nak juga dia duduk main dam dan borak-borak dengan kita. Sepatutnya bila dah ada kenaikkan makin senanglah dia nak broooommm sini kesana. Ini tidak, dia tayangkan motor dia, lalu aje tak berhenti pun.Geram betul aku". Begitulah keadaan di warong Mak Timah. Kalaulah Pak Khamis dan Pak Mail yang datang, topik perbualan mereka mesti cerita hal Watan dan Salmiah.

             " Miah,bulanni abang ada overtime. Hari Sabtu dan Ahad abang tak balik. Macam biasalah abang tidur rumah Tijah. Abangni kalau boleh nak kerap ambil overtime. Selagi badanni masih sihat dan kuat. Tempat kerja abang pun, memang tengah mengalakkan orang ambil overtime. Lagi pun  kalau abang selalu ambil overtime, makin cepatlah penuh duit tabung haji kita Miah. Cepat pulalah kita naik haji nanti."Bersemangat Watan berbual-bual dengan isterinya.        

             " Miahni kadang-kadang kesian tengok abang berkerja tak hiraukan pasal kesihatan. Orang-orang kampongtu, ada yang menggatakan Miahni queen control. Gilakan kekayaan, mata duitan dan  memperbodohkan laki. Adatu sampai mennuduh Miah cuna-cunakan abang." Miah mencurah perasaannya terhadap suami yang amat dia sayangi. Pada Miah, kalau boleh dia tidak mahu suaminya meyusahkan dirinya berulak-alik dari  Pontian ke Singapura semata-mata untuk mendapat kehidupan yang lebih senang.


             "Alah, Miah. Abang pun ada dengar orang-orang kampong cakap pasal kita. Abang Tan tak kisah sangat apa orang nak cakap. Manusia ini memang macam kitu Miah. Cemburu bila tengok orang lain senang. Cuba kalau kita campakkan mereka duit atau tolong mereka dengan kasi barang2. Mestilah pujian demi pujian yang kita dengar dari bibir mereka. Cerita semuanya yang baik-baik aje pasal kita." Keluhan Watan terhadap orang-orang kampong dia yang memang suka sangat menjaga tepi kain orang.


             Setelah Watan menghirup air kopi dan epok2 yang di hidangkan isteri tersayangnya. Dia pun bersiap untuk pergi kerja. Tiap-tiap hari Watan akan menunggang motosikalnya seawal 5.30 pagi terus ketempat kerjanya. Begitulah keadaan kehidupan Watan. Hujan ke, ribut ke dia hanya bertawakal terhadap Allah. Baginya selagi bertenaga dan sihat dia akan berusaha mencari rezeki. Kalau sakit pun dia tidak akan ikutkan atau malaskan badannya. Dapat tidur 4 jam satu hari pun dah cukup utk merehatkan tubuhnya. Hal anak-anaknya memang dia serahkan bulat2 kepada isterinya untuk mendidik anak-anaknya. Dia yakin isterinya dapat mendidik anak-anaknya dengan ilmu dunia dan akhirat. Wang belanja tiap2 bulan sebanyak $1,500 ringgit akan diberikan kepada isterinya untuk perbelanjaan mereka. Pandai-pandailah Salmiah untuk membelanjakan duit itu.  

   7 comments

hose reel system
July 3, 2009   02:04 PM PDT
 
hidup berumah tangga bukan senang
malaysia web design
June 27, 2009   03:50 PM PDT
 
SYA BAGI 5 JUGA
web design
June 24, 2009   06:44 PM PDT
 
saya bagi 4 je la
hydrant system
June 20, 2009   12:38 PM PDT
 
SAYA BAGI 5
hydrant system
June 17, 2009   12:27 PM PDT
 
saya pun bagi 4 bintang
malaysia seo
April 30, 2009   07:56 PM PDT
 
WASALAM
Mahzan
January 11, 2006   07:05 PM PST
 
Asalamualaikum,

Pada komen saya, ini menggalakkan penghasilan cerpen yang menyelitkan unsur-unsur motivasi dan nasihat. Kalau begitu, saya berikan anda 4 bintang pada cerpen anda. Tahniah.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments