KaryaSofia adalah hasil karya dariku penulis baru. KaryaSofia ingin mencuba menulis cerpen terbaik, cerpen terbaik Singapura, cerpen pilihan, cerpen pilihan Singapura, cerpen kelakar Singapura,madah, kata-kata hikmah, cerpen sebenar,cerpen seram, cerpen jenaka, cerpen cinta Singapura,pantun Singapura dan puisi terbaik Singapura.

KaryaSofia adalah penulis yg baru belajar dan mengalu-alukan pendapat-pendapat sasterawan Singapura yg negative atau positive daripada penulis terbiak Singapura yg lebih arif dalam bidang penulisan Singapura. Dariku utk para-para penulis cerpen terbaik Melayu Singapura tak kira dimana mereka berada, teruskanlah menulis dan berkarya.



Thursday, June 30, 2005
CERPEN KISAH SEBENAR

      



   " Allahhuakbar Allaaahuakbar laillahaillallah" Kedengaran takbir subuh di surau yang berdekatan dengan rumah Salmiah mengejutkan dia dari tidur. Jadual waktu harian Salmiah memang tiap-tiap hari macam gitu. Pagi-pagi bangun, solat subuh, siapkan sarapan anak lelakinya yang seramai enam orang dan mengejutkan suaminya yang harus pergi kerja ke Singapura dengan menunggang motorsikal ke Keppel Shippyard di Tuas.

           Watan dan Salmiah itulah dua insan, sepasang suami isteri yang bertungkus-lumus berkerja untuk menjalani hidup didunia seperti insan-insan yang lain. Salmiah mencari rezeki dengan mengambil upah mengutip biji timah dan menjual kueh-mueh manakala Watan suaminya inginkan gaji yang lebih mencari rezeki ke Singapura walaupun setiap hari berulak-alik dari Pontian ke Singapura. Mereka suami- isteri memang rajin. Orang-orang kampung ada yang suka melihat mereka suami isteri yang memang rajin tetapi ada juga yang cemburu melihat mereka yang semakin senang keadaan hidup mereka."Aku nak tengok sampai bila si Watantu boleh tahan ulak-alik. Nanti bila badan dah sakit, umur dah tua baru dia tahu" Ucappan Pak Khamis di warong Mak Timah. Pak Mail mencelah " Si Watantu, semenjak dah ada motor, sombong semacam. Nak singgah di warongni  duduk main dam pun susah. Dulu masa tak ada motor, nak juga dia duduk main dam dan borak-borak dengan kita. Sepatutnya bila dah ada kenaikkan makin senanglah dia nak broooommm sini kesana. Ini tidak, dia tayangkan motor dia, lalu aje tak berhenti pun.Geram betul aku". Begitulah keadaan di warong Mak Timah. Kalaulah Pak Khamis dan Pak Mail yang datang, topik perbualan mereka mesti cerita hal Watan dan Salmiah.

             " Miah,bulanni abang ada overtime. Hari Sabtu dan Ahad abang tak balik. Macam biasalah abang tidur rumah Tijah. Abangni kalau boleh nak kerap ambil overtime. Selagi badanni masih sihat dan kuat. Tempat kerja abang pun, memang tengah mengalakkan orang ambil overtime. Lagi pun  kalau abang selalu ambil overtime, makin cepatlah penuh duit tabung haji kita Miah. Cepat pulalah kita naik haji nanti."Bersemangat Watan berbual-bual dengan isterinya.        

             " Miahni kadang-kadang kesian tengok abang berkerja tak hiraukan pasal kesihatan. Orang-orang kampongtu, ada yang menggatakan Miahni queen control. Gilakan kekayaan, mata duitan dan  memperbodohkan laki. Adatu sampai mennuduh Miah cuna-cunakan abang." Miah mencurah perasaannya terhadap suami yang amat dia sayangi. Pada Miah, kalau boleh dia tidak mahu suaminya meyusahkan dirinya berulak-alik dari  Pontian ke Singapura semata-mata untuk mendapat kehidupan yang lebih senang.


             "Alah, Miah. Abang pun ada dengar orang-orang kampong cakap pasal kita. Abang Tan tak kisah sangat apa orang nak cakap. Manusia ini memang macam kitu Miah. Cemburu bila tengok orang lain senang. Cuba kalau kita campakkan mereka duit atau tolong mereka dengan kasi barang2. Mestilah pujian demi pujian yang kita dengar dari bibir mereka. Cerita semuanya yang baik-baik aje pasal kita." Keluhan Watan terhadap orang-orang kampong dia yang memang suka sangat menjaga tepi kain orang.


             Setelah Watan menghirup air kopi dan epok2 yang di hidangkan isteri tersayangnya. Dia pun bersiap untuk pergi kerja. Tiap-tiap hari Watan akan menunggang motosikalnya seawal 5.30 pagi terus ketempat kerjanya. Begitulah keadaan kehidupan Watan. Hujan ke, ribut ke dia hanya bertawakal terhadap Allah. Baginya selagi bertenaga dan sihat dia akan berusaha mencari rezeki. Kalau sakit pun dia tidak akan ikutkan atau malaskan badannya. Dapat tidur 4 jam satu hari pun dah cukup utk merehatkan tubuhnya. Hal anak-anaknya memang dia serahkan bulat2 kepada isterinya untuk mendidik anak-anaknya. Dia yakin isterinya dapat mendidik anak-anaknya dengan ilmu dunia dan akhirat. Wang belanja tiap2 bulan sebanyak $1,500 ringgit akan diberikan kepada isterinya untuk perbelanjaan mereka. Pandai-pandailah Salmiah untuk membelanjakan duit itu.  

Posted at 02:09 am by KaryaSofia

hose reel system
July 3, 2009   02:04 PM PDT
 
hidup berumah tangga bukan senang
malaysia web design
June 27, 2009   03:50 PM PDT
 
SYA BAGI 5 JUGA
web design
June 24, 2009   06:44 PM PDT
 
saya bagi 4 je la
hydrant system
June 20, 2009   12:38 PM PDT
 
SAYA BAGI 5
hydrant system
June 17, 2009   12:27 PM PDT
 
saya pun bagi 4 bintang
malaysia seo
April 30, 2009   07:56 PM PDT
 
WASALAM
Mahzan
January 11, 2006   07:05 PM PST
 
Asalamualaikum,

Pada komen saya, ini menggalakkan penghasilan cerpen yang menyelitkan unsur-unsur motivasi dan nasihat. Kalau begitu, saya berikan anda 4 bintang pada cerpen anda. Tahniah.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home

SOFIA BERCITA-CITA INGIN MENULIS CERPEN SENDIRI. HASIL KARYANYA SENDIRI. SETIAP KARYA ADALAH DATANG DARI KARYANYA. SETIAP USAHA DARI TANGANNYA SENDIRI. JARI JEMARI NYA DAN AKAL FIKIRAN AKAN SETIASA BERGERAK-GERAK DAN MENANDINGI SETIAP PENULIS MELAYU TAK KIRA DIMANA MEREKA BERADA AGAR HOBBY PENULISAN AKAN TERUS HIDUP.

AKU WANITA SINGAPURA.

AKU WANITA YANG ADA PERKEJAAN SENDIRI.

AKU SUDAH BERUMAHTANGGA.

AKU MEMPUNYAI TIGA CAHAYAMATA.

AKU, SELAIN MENULIS CERPEN SUKA BERTARANUM AL QURAN.

AKU SUKA MENDENGAR BACAAN QARI TIMUR-TENGAH.

AKU SUKA HADIR KEMAJLIS ALLAH TERUTAMA MAJLIS TILAWAH AL QURAN.

TANPA PENULISAN DAN BERTARANUM AL QURAN HIDUP SOFIA TIDAK AKAN BERMAKNA.

BERTARANUM DAN PENULISAN CERPEN IA MESTI BERGANDING BAHU DI DALAM HIDUP SOFIA. ------------------------------------------------------------------------



   





<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

Alhamdulillah, Aku memuji, aku bersaksi bahawa tiada Allah selain Allah semata, yang tiada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasulnya. Aku memohon pertolongan dan ampunan kepada Allah. Aku berlindung kepadanya daripada keburukan jiwa/hati dan daripada keburukan amal-amal aku. Hanya engkaulah tempat sebaik-baiknya aku meminta pentunjuk dan hanya engkaulah yang maha berkuasa, Raja sekala raja. Engkaulah yang aku sembah dan engkaulah yang aku pilih. Firman Allah:"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, yang telah menciptakan kamu dari seorang diri dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan keduanya Allah mengembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.Dan bertakwalah kepada Allah yang namanya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu ." Surah (AN-NISA') AYAT 1. LINK WEB SASTERA

ESASTERA

BAHASAWAN

KAKISENI

BERITA RSI

LINK WEB AL QURAN

S.J.I.(SUKARELAWAN.JEMAAH.IQRA.)

ASWATISLAM

ISLAMWAY

ISLAMICITY

HARUN YAHYA

RUMAH MAAL SJI

IKHLAS BAIK

QARI_SINGAPURA

QARI MELAYU

LINK BLOG MEMBERS

WARDAH

REPEN

BOBOOI

KUNCUP

SURIRAM

KATAKAMI

BASITA

MASMERAH

CHEEFF

SARIAH

ADIK COMEL

ZU408

MAYANG SARI

NONLEO

RASZAIN

ALZN

NCC

JIWAAPA

.






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed