KaryaSofia adalah hasil karya dariku penulis baru. KaryaSofia ingin mencuba menulis cerpen terbaik, cerpen terbaik Singapura, cerpen pilihan, cerpen pilihan Singapura, cerpen kelakar Singapura,madah, kata-kata hikmah, cerpen sebenar,cerpen seram, cerpen jenaka, cerpen cinta Singapura,pantun Singapura dan puisi terbaik Singapura.

KaryaSofia adalah penulis yg baru belajar dan mengalu-alukan pendapat-pendapat sasterawan Singapura yg negative atau positive daripada penulis terbiak Singapura yg lebih arif dalam bidang penulisan Singapura. Dariku utk para-para penulis cerpen terbaik Melayu Singapura tak kira dimana mereka berada, teruskanlah menulis dan berkarya.



Friday, March 11, 2005
CERPEN SEDIH(Erti Persahabatan)

    Misha sinkap kembali tabir ingatannya. Sharon. Manis nama itu, semanis orangnya. Dialah kawan karib Misha yang selalu diingatannya. Sudah enam tahun mereka mengenali antara satu sama lain. Kegembiraan dan keperitan hidup di alam remaja mereka melalui bersama. Tetapi semua itu hanya tinggal kenangan sahaja. Misha kehilangan seorang sahabat yang tidak ada kalang-gantinya.
   
    Peristiwa itu berlaku dua tahun yang lalu. Sewaktu itu mereka sedang berada di kantin sekolah. Misha sedang marahkan Sharon kerana mengambil pena kesukaannya tanpa izinya dan menghilangkannya.

    Apabila Misha bertanya, dia hanya berkata yang dia akan menggantikannya. Misha tidak mahu dia menggantikannya. Kerana pena yang hilangtu berlainan dengan pena yang akan diganti oleh Sharon. Pena yang hilang itu adalah hadiah daripada Sharon sewaktu mereka pertama kali menjadi sepasang kawan karib.

    "Aku tak mahu kau menggantikannya! Pena yang hilangtu berharga bagiku! Misha memarahi Sharon." " Selagi kau tak jumpa penatu, selagi itulah aku tak akan bercakap dengan kau!" Marahnya Misha pada Sharon. Meja kantintu di hentaknya dengan kuat hingga terkejut Sharon. Misha yang mukanya memang kemerah-merahan, bila marah bertambahlah merahlah mukanya. Sharon dengan keadaan sedih dan terkejut hanya berdiamkan diri lalu beredar dari situ. Misha tahu Sharon berasa sedih mendengar kata-katanya itu. Misha tidak berniat hendak melukainya tetapi waktu itu dia terlalu marah dan tanpa dia sedari, mutiara jernih membasahi pipinya.

   "Sudah beberapa hari Sharon tidak datang ke sekolah. Aku merasa risau. Adakah dia sakit? Apa yang terjadi" Berkata-kata Misha seorang diri. Benak fikirannya diganggu oleh seribu satu pertanyaan "EH! Aku nak pergi  kerumahnyalah" Berbisik Misha di hatinya. Tetapi niatnya berhenti di situ. Dia merasa segan. Tiba-tiba talipon dirumah Misha berbunyi "Ring,riiiiiiiing,riiiiiiiiing,riiiiiiiing"Ibu Misha yang menjawab panggilan itu."Misha, oh, Misha "Teriak ibunya. "Cepat, salin baju. Kita pergi rumah Sharon ada sesuatu berlaku. Kakaknya Sharon talipon suruh kita pergi rumahnya sekarang jugak" Suara ibu Misha tergesa-gesa menyuruh anak daranya cepat bersiap. Tiba-tiba jantung Misha bergerak laju. Tak pernah dia merasa begitu. Dia rasa tak sedap. Ini mesti ada sesuatu buruk yg berlaku. "Ya Allah, kau tenteramkanlah hatiku. Apapun yang berlaku aku tahu ini semua ujianmu. Ku mohon jauhilah segala perkara yang tak baik berlaku. kau selamatkanlah sahabatku." Berdoa Misha pada Allah sepanjang perjalanannya ke rumah Sharon.

 
    Apabila tiba di sana, rumahnya dipenuhi dengan sanak -saudaranya. Misha terus menuju ke ibu Sharon dan bersalaman dengan ibunya dan bertanya apa sebenarnya yang telah berlaku. Ibunya dengan nada sedih memberitahu Misha yang Sharon dilanggar lori sewaktu menyeberang jalan berdekatan dengan sekolahnya." Dia  memang tidak sihat tapi dia berdegil nak ke sekolah. Katanya nak jumpa engkau. Tapi hajatnya tak sampai. Sampai di saat dia menghembuskan nafasnya, kakaknya yang ada disisinya ternampak sampul surat masa ada dia gengam ditangannya" terisak-isak suara ibu Sharon menceritakan pada Misha sambil menghulurkan surat yang Sharon beriya-iya sangat ingin memberikannya pada sahabatnya.

    Didalam sampul surat itu terdapat pena kesukaanku. Disitu juga terdapat notadaripadnya.

    
    MISHA SHARMIN,
                             AKU MINTA MAAAF KERANA MEMBUAT KAU MARAH KERANA TELAH MENGHILANGKAN PENA KESUKAANMU. SELEPAS ENGKAU MEMARAHI AKU, AKU PULANG DARI SEKOLAH SEWAKTU HUJAN LEBAT KERANA INGIN MENCARI PENAMU.DI RUMAH AKU TAK JUMPA.TAPI AKU TAK PUTUS ASA DAN CUBA MENGINGATINYA DAN AKU TERINGAT, PENATU ADA DI MEJA SCIENCE LAB . ITUPUN AGAK LAMBAT AKU INGIN KESEKOLAH KERANA BADANKU TAK SIHAT TAPI DENGAN BANTUAN SITI DIA TOLONG CARIKAN. PENATU SITI JUMPA DIBAWAH MEJAMU. TERIMA KASIH KERANA TELAH MENGHARGAI PEMBERIANKU DAN PERSAHABATAN YANG TERJALIN SELAMA SETAHUN. TERIMA KASIH SEKALI LAGI KERANA SELAMA INI MENGAJARKU TENTENG ERTI PERSAHABATAN.

                                                                                  SHARON OSMAN.

     Kolam mata Misha dipenuhi mutiara jernih yang akhirnya jatuh berlinangan dengan derasnya.Kalau boleh ingin dia meraung sekuat hatinya. Ingin dia memeluk tubuh Sharon dan memohon maaf padanya tapi apakan daya semuanya dah terlambat. Mayat Sharon masih di hospital. Tiba-tiba dentuman guruh mengejutkan Misha daripada lamunan. Barulah dia sedar bahawa dia hanya mengenangkan kisah silam. Persahabatan mereka lebih berharga daripada pena itu. Misha benar-benar menyesal dengan perbuatannya. Dia berjanji tak akan membenarkan peristiwa ini berulang kembali. Semenjak itu Misha rajin bersolat dan selesai solat dia akan membaca al quran dan berdoa dan bersedekahkan ayat-ayat al quran kepada sahabatnya. Dengan cara ini sahajalah yang dapat Misha balas balik jasanya Sharon dan mengeratkan persahabatanya. Semoga dengan kalam Allah Sharon akan bahagia di alam baza.

Posted at 02:59 am by KaryaSofia

malaysia web design
July 3, 2009   03:13 PM PDT
 
MANIS KE NAMA TU
web design
April 20, 2009   08:31 PM PDT
 
TERUS KAN BERUSAHA
Seminar Pantun Melayu 2007
November 14, 2007   05:04 PM PST
 
SEMINAR PANTUN MELAYU: SEMALAM, HARI INI DAN ESOK pada 6 DAN 7 DISEMBER 2007 di UKM.

Dengan hormatnya dimaklumkan ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu) akan menganjurkan Seminar Pantun Melayu: Semalam, Hari Ini dan Esok pada 6 dan 7 Disember 2007 di UKM.

Individu yang berminat dijemput untuk menyertai seminar ini. Maklumat lengkap sila rujuk laman web http://www.atma.ukm.my/

Sebarang pertanyaan:

Tel: (603) 8921 4166
email: seminarpantun@gmail.com
Amei
December 20, 2005   07:30 PM PST
 
Story ni mengajar kita erti persahabatan tetapi jgnlah sampai melukai hati teman kita sendiri, perkara yg kecil jgn dibesar2kan
Wardah
March 14, 2005   12:13 AM PST
 
Eeeeh! Apa dah jadi dengan blog sofia ni...... Mana cerpennya?
Wah! mengancam betul banner tu. Airnya nampak beralun lagi....
REPEN
March 12, 2005   06:57 PM PST
 
Satu permulaan yang baik untuk Sopia. Repen sokong Sopia. Treuskan menulis.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Home Next Entry

SOFIA BERCITA-CITA INGIN MENULIS CERPEN SENDIRI. HASIL KARYANYA SENDIRI. SETIAP KARYA ADALAH DATANG DARI KARYANYA. SETIAP USAHA DARI TANGANNYA SENDIRI. JARI JEMARI NYA DAN AKAL FIKIRAN AKAN SETIASA BERGERAK-GERAK DAN MENANDINGI SETIAP PENULIS MELAYU TAK KIRA DIMANA MEREKA BERADA AGAR HOBBY PENULISAN AKAN TERUS HIDUP.

AKU WANITA SINGAPURA.

AKU WANITA YANG ADA PERKEJAAN SENDIRI.

AKU SUDAH BERUMAHTANGGA.

AKU MEMPUNYAI TIGA CAHAYAMATA.

AKU, SELAIN MENULIS CERPEN SUKA BERTARANUM AL QURAN.

AKU SUKA MENDENGAR BACAAN QARI TIMUR-TENGAH.

AKU SUKA HADIR KEMAJLIS ALLAH TERUTAMA MAJLIS TILAWAH AL QURAN.

TANPA PENULISAN DAN BERTARANUM AL QURAN HIDUP SOFIA TIDAK AKAN BERMAKNA.

BERTARANUM DAN PENULISAN CERPEN IA MESTI BERGANDING BAHU DI DALAM HIDUP SOFIA. ------------------------------------------------------------------------



   





<< March 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Alhamdulillah, Aku memuji, aku bersaksi bahawa tiada Allah selain Allah semata, yang tiada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasulnya. Aku memohon pertolongan dan ampunan kepada Allah. Aku berlindung kepadanya daripada keburukan jiwa/hati dan daripada keburukan amal-amal aku. Hanya engkaulah tempat sebaik-baiknya aku meminta pentunjuk dan hanya engkaulah yang maha berkuasa, Raja sekala raja. Engkaulah yang aku sembah dan engkaulah yang aku pilih. Firman Allah:"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, yang telah menciptakan kamu dari seorang diri dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan keduanya Allah mengembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.Dan bertakwalah kepada Allah yang namanya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu ." Surah (AN-NISA') AYAT 1. LINK WEB SASTERA

ESASTERA

BAHASAWAN

KAKISENI

BERITA RSI

LINK WEB AL QURAN

S.J.I.(SUKARELAWAN.JEMAAH.IQRA.)

ASWATISLAM

ISLAMWAY

ISLAMICITY

HARUN YAHYA

RUMAH MAAL SJI

IKHLAS BAIK

QARI_SINGAPURA

QARI MELAYU

LINK BLOG MEMBERS

WARDAH

REPEN

BOBOOI

KUNCUP

SURIRAM

KATAKAMI

BASITA

MASMERAH

CHEEFF

SARIAH

ADIK COMEL

ZU408

MAYANG SARI

NONLEO

RASZAIN

ALZN

NCC

JIWAAPA

.






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed