KaryaSofia adalah hasil karya dariku penulis baru. KaryaSofia ingin mencuba menulis cerpen terbaik, cerpen terbaik Singapura, cerpen pilihan, cerpen pilihan Singapura, cerpen kelakar Singapura,madah, kata-kata hikmah, cerpen sebenar,cerpen seram, cerpen jenaka, cerpen cinta Singapura,pantun Singapura dan puisi terbaik Singapura.

KaryaSofia adalah penulis yg baru belajar dan mengalu-alukan pendapat-pendapat sasterawan Singapura yg negative atau positive daripada penulis terbiak Singapura yg lebih arif dalam bidang penulisan Singapura. Dariku utk para-para penulis cerpen terbaik Melayu Singapura tak kira dimana mereka berada, teruskanlah menulis dan berkarya.



Thursday, June 30, 2005
CERPEN KISAH SEBENAR

      



   " Allahhuakbar Allaaahuakbar laillahaillallah" Kedengaran takbir subuh di surau yang berdekatan dengan rumah Salmiah mengejutkan dia dari tidur. Jadual waktu harian Salmiah memang tiap-tiap hari macam gitu. Pagi-pagi bangun, solat subuh, siapkan sarapan anak lelakinya yang seramai enam orang dan mengejutkan suaminya yang harus pergi kerja ke Singapura dengan menunggang motorsikal ke Keppel Shippyard di Tuas.

           Watan dan Salmiah itulah dua insan, sepasang suami isteri yang bertungkus-lumus berkerja untuk menjalani hidup didunia seperti insan-insan yang lain. Salmiah mencari rezeki dengan mengambil upah mengutip biji timah dan menjual kueh-mueh manakala Watan suaminya inginkan gaji yang lebih mencari rezeki ke Singapura walaupun setiap hari berulak-alik dari Pontian ke Singapura. Mereka suami- isteri memang rajin. Orang-orang kampung ada yang suka melihat mereka suami isteri yang memang rajin tetapi ada juga yang cemburu melihat mereka yang semakin senang keadaan hidup mereka."Aku nak tengok sampai bila si Watantu boleh tahan ulak-alik. Nanti bila badan dah sakit, umur dah tua baru dia tahu" Ucappan Pak Khamis di warong Mak Timah. Pak Mail mencelah " Si Watantu, semenjak dah ada motor, sombong semacam. Nak singgah di warongni  duduk main dam pun susah. Dulu masa tak ada motor, nak juga dia duduk main dam dan borak-borak dengan kita. Sepatutnya bila dah ada kenaikkan makin senanglah dia nak broooommm sini kesana. Ini tidak, dia tayangkan motor dia, lalu aje tak berhenti pun.Geram betul aku". Begitulah keadaan di warong Mak Timah. Kalaulah Pak Khamis dan Pak Mail yang datang, topik perbualan mereka mesti cerita hal Watan dan Salmiah.

             " Miah,bulanni abang ada overtime. Hari Sabtu dan Ahad abang tak balik. Macam biasalah abang tidur rumah Tijah. Abangni kalau boleh nak kerap ambil overtime. Selagi badanni masih sihat dan kuat. Tempat kerja abang pun, memang tengah mengalakkan orang ambil overtime. Lagi pun  kalau abang selalu ambil overtime, makin cepatlah penuh duit tabung haji kita Miah. Cepat pulalah kita naik haji nanti."Bersemangat Watan berbual-bual dengan isterinya.        

             " Miahni kadang-kadang kesian tengok abang berkerja tak hiraukan pasal kesihatan. Orang-orang kampongtu, ada yang menggatakan Miahni queen control. Gilakan kekayaan, mata duitan dan  memperbodohkan laki. Adatu sampai mennuduh Miah cuna-cunakan abang." Miah mencurah perasaannya terhadap suami yang amat dia sayangi. Pada Miah, kalau boleh dia tidak mahu suaminya meyusahkan dirinya berulak-alik dari  Pontian ke Singapura semata-mata untuk mendapat kehidupan yang lebih senang.


             "Alah, Miah. Abang pun ada dengar orang-orang kampong cakap pasal kita. Abang Tan tak kisah sangat apa orang nak cakap. Manusia ini memang macam kitu Miah. Cemburu bila tengok orang lain senang. Cuba kalau kita campakkan mereka duit atau tolong mereka dengan kasi barang2. Mestilah pujian demi pujian yang kita dengar dari bibir mereka. Cerita semuanya yang baik-baik aje pasal kita." Keluhan Watan terhadap orang-orang kampong dia yang memang suka sangat menjaga tepi kain orang.


             Setelah Watan menghirup air kopi dan epok2 yang di hidangkan isteri tersayangnya. Dia pun bersiap untuk pergi kerja. Tiap-tiap hari Watan akan menunggang motosikalnya seawal 5.30 pagi terus ketempat kerjanya. Begitulah keadaan kehidupan Watan. Hujan ke, ribut ke dia hanya bertawakal terhadap Allah. Baginya selagi bertenaga dan sihat dia akan berusaha mencari rezeki. Kalau sakit pun dia tidak akan ikutkan atau malaskan badannya. Dapat tidur 4 jam satu hari pun dah cukup utk merehatkan tubuhnya. Hal anak-anaknya memang dia serahkan bulat2 kepada isterinya untuk mendidik anak-anaknya. Dia yakin isterinya dapat mendidik anak-anaknya dengan ilmu dunia dan akhirat. Wang belanja tiap2 bulan sebanyak $1,500 ringgit akan diberikan kepada isterinya untuk perbelanjaan mereka. Pandai-pandailah Salmiah untuk membelanjakan duit itu.  

Posted at 02:09 am by KaryaSofia
Comments (7)  




Monday, March 28, 2005
CERPEN REMAJA(KEBEBASAN)

          "Abah, emak berikanlah aku kebebasan."Keluhan hati Milah.Milah sering bermandikan air mata tatkala bersendirian.Berkata-kata lagi Milah"Emak, abah mengapakah hidupku dikongkong begini?"Teringat kembali Milah akan kalimah yang terkeluar dari mulut abahnya."Abah malu engkau buat perangai macamni.Sudahlah semua orang disini kenal abah dan engkauni anak ustaz dan ustazah yg dihormati.Apalah feadahnya engkau pergi merayau-rayau jauh malamni?Abah dirumahni adalah sibuk mengajar anak jiran menggaji al quran dan engkau pulak malam-malam buta pergi tengok wayang.Belajar malas, menggaji pun tak mahu,kerjapun tak ada.Harapkan muka aje cantik."Bengis dan garang Pak Mail memarahi Milah.

          Pada Milah.Apa, salah besarkah dia?Berdosakah dia menonton wayang dengan si Sidah anak makcik Senahtu.Cuma tengok wayang,lepastu pergi makan di Mc Donald dan terus balik.Macamana nak pergi siang hari.Si Sidah kerja waktu siang dan dia pulak tak habis-habis menolong emaknya berjualan di gerai Nasi Padang.Bukannya tiap-tiap hari dia pergi tengok wayang.Itu pun sekali-sekala pada malam minggu.Macamana nak cari kerja?Siapa nak tolong emaknya nanti?Milah bukan bodoh belajar dan malas menggaji cuma dia terlalu penat setelah siang hari menolong emaknya berjualan.

         Bagi Milah, dia sanggup korbankan alam persekolahan dia , demi ingin menjadi anak yg baik dan menolong abah dan emaknya.Jiwa dia memang tertekan.Tingkah- lakunya mesti dijaga.Dia mesti berkelakuan baik,sopan dan alim.Ini semua kerana ingin menjaga maruah kedua orang tuanya.Pelajaran Islam yang diajar oleh abahnya tak pernah Milah ingkari.Solat lima waktu akan Milah kerjakan walaupun badannya teramat letih setelah berkerja di siang hari.Semua sudah dia patuh, tapi abahnya tetap dengan peraturan ketatnya. "Dahlah Milah, jangan nak termenung lagi.Abah memang macam gitu.Dia marah kita bukan apa, dia sayangkan anak-anaknya.Pada abah ini tangong-jawab dia.Kalau dia tak marah sekarang, nanti di padang mashar dia di soal.Kakak faham betul perasaan kau.Jiwa orang remaja, memang nakkan kebebasan."Kak Rohana cuba menasihati adiknya Milah.Setiap hari Ahad, Milah selalu pergi rumak kak longnya.Setelah menolong emaknya.

         Mak Cik Puteh berjualan separuh hari sahaja pada hari minggu, Milah pasti akan kerumah kakaknya yang tak jauh dari tempat jualan mereka.Kak Rohanalah tempat dia manja dan menggadu masalah peribadinya.Kalau tak ada kak Rohana, mungkin dah lama Milah lari dari rumah. "Milah bukan apa Kak Ana, Milah hanya pergi tengok wayang.Sedikit kebebasan pun tak boleh.Tak akan nak duduk pat rumah,kedai dan mengajar budak-budak jiran mengaji.Ini aje dunia Milah.Bosan tau!Milah, nak jugak tengok dunia luar disana.Pergi shopping ke atau berkelah.Janganlah kongkong Milah sampai macamni.Macam katak dalam tempurong.Sidahtu,semenjak dah kerja semangkin bergaya dah cantik.Milah pun nak macam Sidah, cantik dan bergaya.Kata orang, hasil duit penat berkerja nampak."Milah cuba minta sokongan dan simpati dari kakaknya. "Itu kakak tahu.Kak Ana pun macam kau Milah.Kakaklah penyebab Abah garang dan kongkong kau macam gitu.Kakak, lagi teruk dari engkau."Keluhan suara Kak Ana."Tak akanlah kerana kakak kahwin muda, abah nak kongkong Milah pulak?Tanda soalan yang di tanya Milah seolah-olah tak munasabah. Sambung lagi perbualan antara kak Ana dan Milah"Memang kakak kahwin muda Milah, tapi kerana nak tutup malu.Kau memang tak tahu hal ini.Peristiwa ini berlaku, kau masih kecil lagi Milah."Kak Ana berhenti sekejap perbualannya dan menarik nafas panjang sebelum meneruskan ceritanya."Apa kak Ana, nak tutup malu?Milah bertanya dengan nadah heran dan tak sabar nak tahu cerita sebenarnya."HEM!" Kak Ana menganggutkan kepalanya.

         Tiba-tiba pintu rumah Kak Ana diketuk orang.Milah bangun dari sofa dan cuba melihat dilubang pintu.Perbualan mereka terpaksa dihentikan.Suami Kak Ana, abang Osman dah balik dari kerja."Baru balik ya bang"Tanya Milah pada abang iparnya."YA, Milah.Kau dari tadi atau baru sampai"Bertanya balik soalan abang iparnya kepada Milah"AH! Milah dari tadi duduk-duduk berbual -bual dengan Kak Long.Macam biasalah bang, dah habis jaulan singgah sini.Mana lagi Milah nak pergi.Bukan boleh merayap tempat lain"Sambung perbualan Milah dengan Abang Osman.

         Osman macam biasa, sampai sahaja dirumah, dia pasti terus ke biliknya.Dia akan ketempat tidur baby dan cium pipi baby montel kesayangannya yang sedang tidur dengan perlahan.Hingga terlupa dia tentang apa yang Milah sudah ucapkan tadi.

         Milah perhatikan gelagat abang iparnya yang memang sayang betul dengan si Natasha si comel yang baru  4 tahun.Dalam hatinya berkata,kalaulah dia dapat manja dan disayangi seperti Natasha, kan best.Abang Osman memang seorang ayah yang penyayang dan suami bertangungjawab dan baik hati orangnya.Beruntung Kak Ana bersuamikan Abang Osman.



         "Eh!Eh!Eh.Adik akakni melamun aje dia".Sambil menepuk bahunya Milah.Rohana memang manja dan mesra dengan Milah.Milahlah satu-satunya darah dagingnya.Mereka cuma dua beradik sahaja.Tak heranlah kalau orang tua mereka memang jaga betul dan kawal anak dara mereka. Kata orang dulu-dulu menjaga anak lelaki lebih senang dari menjaga anak perempuan.Tapi, jaga macam mana pun, kalau dah nak jadi perkara buruk dah tak boleh nak kata.



          "kak! Sambunglah cerita kakak tadi" Merayu Milah kepada kakaknya."EH! Tak

bolehlah.Abang Man kan dah balik.Sekejap lagi, dia dah nak makan pula.Nanti,kalau abang man keluar pergi rumah emak dia, kita sambung ok!jawab kak Ana."EH! Akak tak ikutke?Tanya Milah

pada kakaknya."Tak.Lagi pun abang cuma nak kasi duit aje pada mak nya".



"Abang Man tu, selalu ya kasi duit pada mak nya" Tanya Milah kepada kak Ana"Ah! Abang Man kau memang begitu.Dia memang siang-siang dah beritahu Kak Ana.Selagi dia mampu, dia akan tetap memberi duit pada orang tua dia.Kak Ana tak kisah Milah.Abang Man tu gajinya besar, lagi pun yang dia tolong pun emak dan bapa mentua akak.Kitani Milah, kalau jadi isteri,janganlah kongkong sangat suami kita. Dia anak lelaki masih bertangungjawab menolong orang tua mereka. Kalau duit tak ada ,bela dan jaga mereka atau selalulah bertanya khabar berita"Berpanjang lebar Kak Ana memberi pendapat pada adiknya.


Milah termenung sekejap dan di kepalanya ashik berfikir tentang apa sebenarnya yang terjadi antara Kak Ana dengan Abahnya.Dia perhatikan sahaja gerak Kak Ana mengemas dan menyajikan makanan untuk makan malam Abang Iparnya.Sambil bangun dari duduk di dapur, Milah meminta diri untuk masuk ke kamar biliknya yg memang dah di sediakan kak Ana untuk adik kesayangannya tumpang tidur.

Didalam bilik, mata Milah terkebil-kebil tak boleh tidur."Apakah rahsia yang Kak Ana dan Abah simpan hinggakan aku tidak dapat kebebasan.Setiap langkah aku selalu aje ada yang ascort.Bosan aku."Keluh Milah seorang diri hingga tak sadar lalu
dia terlelap tidur.
<

Keesokkan harinya, selepas solat subuh, Milah keluar dari rumah Kak Ana dengan perlahan-lahan kerana tidak mahu menggangu Kak Ana dari tidurnya.Hari ini dan hari-hari yang lain macam biasalah, Milah akan ke kedai emaknya sampai senja barulah dia pulang.Itulah jadual hariannya.Bagi anak remaja seperti Milah, kehidupan seperti ini amat bosan sekali.Di benak fikiran Milah, alam remaja seharusnya bebas, tak perlu bersusah-susah dan hidup remaja hanya sekali seharusnya enjoy.Dia cemburu pada si Sidah.Hidup Sidah selalu enjoy.Berjalan-jalan, disko, hi-tea, picnic, shopping, nonton wayang dan yang paling best ada pacaran, boyfriend.


"Kak Anani janji pukul 5.00 petang nak sampai disini.Sekarang dah pukul 5.30.Setengah jam Milah tunggu kak Ana tau!" Menggomel Milah pada kakaknya."Sorrylah sayang, Kak Ana lambatni pasal mengguruskan Natasha."Pujuk Kak Ana sambil cubit pipi adik kesayangannya."Milah bukan apani kak, masa pada Milah amat berharga sekali.Ini pun dapat keluar dah bagus.Abahtu, kalau dah malam-malamni, mana dia nak kasi Milah keluar.Ini pun dapat keluar sebab kakak yang talipon Abah.Kalau tak bohong sunat, tak dapatlah kita keluar sampai larut malam.Apatu Kak Milah, kursus komputer!" Terbahak-bahak Milah dan kak Ana ketawa."Mati kita Milah, kalau Abah tahu" Sambung Kak Ana dan terus memanggil pelayan di hotel Meridien untuk memesan makanan dan minuman.


Setelah makanan dan minuman terhidang, mereka pun makan sambil berbual -bual."Milah , kau tahu tak kenapa kakak ajak kau jumpa di sini. Tempatni meninggalkan kenangan pahit yang tak akan luput dari ingatan kakak. Tempatnilah shurga bagi kakak, semasa kakak remaja dan tempatnilah yang mengajar kakak mengenali apa itu neraka.Kalau nak cerita macammana kakak terjurumus dialam dadah dan seorang wanita bosia, sampai larut malam pun tak akan habis.Tiga tahun kakak hidup dengan dadah dan lesbian.Pahit Milah.....(air mata kak Ana turun dengan derasnya dan tersedu-sedan sambil mengesat air matanya)teramat pahit Milah hidup terlalu bebas.Kakak tak kenal tuhan, abah, emak dan semua orang-orang yang sayangkan kakak.Kakak hanya suka pada dadah dan teman lesbian kakak.Pada kakak, merekalah orang yang menyayangi kakak.Merekalah dunia kakak.Disko, nightclub, karaoke club, hotel-hotel mewah dan semua tempat-tempat yang anak-anak remaja suka pergi, pasti kakak akan ada.Semua kakak dah rasa tapi Milah, kepuasannya dan keindahannya hanya sementara saja tak kekal."Berhenti sekejap Kak Ana sambil menghabiskan Nasi goreng seafood yang dia pesan tadi.


"kak Ana, Milah tak sangka yang sejarah hidup kak Ana sedemikian.Milah merasa terperanjat yang kak Ana melalui semua ini.Betulkah apa yang Kak Ana katakanni?Inikah Kak Ana yang Milah selalu puji sifat kewanitaannya dan contoh idola buat Milah? Atau Kak Ana sengaja hendak menakutkan Milah.Kakak dan abah memang dah merancang supaya Milah tak timbulkan soal kebebasan.Katakanlah kak Ana ini semua tak benar.Seram Milah bila kenangkan". Menangis Milah hinggakan makanan di atas mejatu tak di sentuh lagi. Orang ramai yang berada di situ memehatikan gelagat dua beradik itu. Mereka berdua tak hiraukan orang-orang yang perhatikan mereka. Kak Ana megesat air mata adiknya dan berbisik kepada adiknya supaya mereka beralih ketempat lain. Semasa perjalanan pulang, Kak Ana meneruskan ceritanya.


Begitulah sejarah hidup Rohana. Penuh dengan maksiat. Kalau bukan kerana Osman dan Abahnya yang meyelamatkan Rohana mungkin Kak Ana dah dapat 'HIV' dan sesat dengan dunia kebebasannya. Setelah Milah mendengar cerita sebenarnya dari Abah, emaknya, abang Osman dan kak Ana, barulah Milah sedar betapa sayangnya mereka kepada dirinya. Semenjak itu, hidup Milah lebih bererti dan dia tidak akan minta kebebasan yang tidak mendatangkan faedah baginya. Milah semakin berhati-hati bila mendengar tentang temannya Sidah yang sedang mengandung 5 bulan dan belum nikah kerana tidak ada seorang pun teman lelakinya yang ingin bertanggongjawab.


Setiap malam, setelah selesai mengajar Al Quran kepada anak jiran tertangga, Milah pasti akan membaca firman Allah kepada anak-anak muridnya. Pada Milah, dia tak perlu lagi kebebasan kerana dia dah dapat ketenangan jiwa. Dengan Firman Allah, kebebasan yang tulus ada di Al Quran. Di dalam surah 91(ASY-SYAMS) ayat 7-10 yang bermaksud "Dan jiwa serta penyempurnaan(ciptaannya).Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang-orang yang mengotorinya." Maha benar firman Allah.



.........................................SELESAI .............................................................................. ....



Posted at 01:31 am by KaryaSofia
Comments (7)  




Thursday, March 17, 2005
CERPEN CINTA (CINTA PERTAMA)

       Benar sungguh kata orang-orang tua dahulu, kalau kita dalam dilema, rasanya seperti 'dimakan mati anak, dibuang mati bapa'. Diana tidak sangka akan berhadapan dengan keadaan yang sedemikian. Diana seorang gadis yang  memiliki segalanya sebelum peristiwa itu berlaku. Dia dibesarkan dengan kemewahan dan kesenangan, mungkin kerana dia anak tunggal. Tidak dia sangka, begini jadinya.

       Diana telah menamatkan pengajian di universiti sepuluh tahun yang lalu. Sekarang Yana(panggilan nama singkat) berkerja sebagai pereka fesyan kerana minatnya dalam bidang itu amat mendalam. Gaji Yana pula amat lumayan dan dia berasa puas dengan apa yang dia kecapi sendiri. Tetapi, hidupnya masih dalam kesunyian.

       Salah seorang temannya memperkenalkannya kepada seornag jejaka yang tampan. Peria yang tampan itu bernama Alfi. Dia memiliki ciri-ciri lelaki yang semua gadis ingin memiliki dan Yana, salah satu daripada gadis yang memang ingin memiliki jejaka seperti Alfi. Setelah lama mereka berkenalan, bibit-bibit cinta mula berputik. Hubungan mereka bertambah mesra dan mereka bagaikan belangkas yang tidak dapat dipisahkan. Alfi akhirnya ingin bertemu dengan ibu-bapa Yana." Yana, I rasa kitani dah lama berkenalan. Kalau i tanya you, you sudi tak?" Alfi mulakan topik perbualan yang lebih bererti kaliini. Dengan memegang tangan Yana dan bertentang mata antara satu sama lain dia meneruskan perbualannya." Alfi tak mahu buang masa lagi. Alfi nak Yana jadi isteri Alfi. I dah berterus terang dengan you about my background tentang my atitute, my dream and my pass. Jadi Alfi rasa, Yana mesti dah tahu all about me and I rasa I pun dah kenal hati budimu. So please Yana!. Kalau you ada calon lain, tell me ealier."Alfi mengakhiri perbualanya tanpa dia sedari yang Yana terpaku diam dalam keadaan terkejut bercampur gembira. Berlinangan air mata Yana turun hingap ke pipinya. Begitulah sifat kewanitaan yang ada pada Yana. Cantik, lemah-lembut dan budi bahasa. Sifat-sifat itulah yang telah memikat hati Alfi."Yana amat terkejut dan bersyhukur kerana Alfi sudi menerima Yana sebagai teman hidupmu. Memang dah lama Yana ingin bertanya soal kita tapi Yana malu almaklumlah Yana tahu Alfi ramai teman gadis. Lagi pun baru 6 bulan kita berkenalan but I feel macam dah lama kita mengenali each other but when I sendiri dengar kata-kataini keluar dari mulutmu I feel happy and glad that I tak bertepuk sebelah tangan". Yana mula bersuara dengan nada yang lembut dan terisak-isak. Perbualan itu berakhir di situ kerana Alfi tak mahu Yana berterusan berlinanagan air mata.Sebelum mereka beredar Alfi dah buat temu janji dengan Yana ingin berkenalan dengan bakal ibu mertua dan bapa mertuanya. Yana
begitu gembira dan memberitahu mama dan papanya berkenaan Alfi. Mereka pun turut gembira dengan berita itu.

      Kedatangan Alfi pada hari itu disambut dengan begitu mesra. Ibu dan bapa Yana begitu tertarik dengan keramahan Alfi serta sikap sopannya. Yana bersyukur kerana mereka dapat menerima Alfi dan segalanya berjalan dengan lancarnya. Setelah makan tengah hari mereka pun bersembang-sembang dan ibu-bapa Yana mula bertanya Alfi tentang keluarganya. Suasana mula terasa tegang apabila mereka mendapat tahu bahawa bapa Alfi rupanya Encik Riduan, seorang peniaga yang berjaya.

      Selepas pertemuan Alfi dengan ibu bapa Yana, ayahnya selalu duduk termenung sementara ibu nya asyik berkurung dibiliknya. Yana tidak tahu apa yang terjadi. Yang dia tahu, ia pasti ada kena mengena dengan si Alfi. Si Alfi pun senyap tanpa berita. Yana sudah tidak tahan dengan tingkah-laku mereka. Yana duduk bersama mereka lalu bertanya apakah masalah mereka.

      "Ayah tidak suka kamu berkawan dengan Alfi. Putuskan hubungan kamu berdua!!!!"

       Yana tersentak mendengar kata-kata ayahnya. Yana memandang kearah ibunya dengan harapan ibunya akan membantah keputusan ayahnya, tetapi ibunya hanya mendiamkan diri.

       "Tetapi kenapa ayah, kenapa? Apakah salah Alfi?" Yana bertanya dalam keadaan tersedu-sedan. Air mata jernih berlinang jatuh membasahi pipinya. Yana inginkan alasan yang munasabah yang mungkin dapat ia pertimbangkan. Ayahnya menghela nafas panjang lalu menceritakan kisah di sebalik keputusannya itu.

       "Empat puluh tahun yang lalu, Ibumu merupakan wanita pujaan ramai jejaka dan ayah Alfi adalah salah seorang antaranya. Dia telah meminang ibumu tetapi ibumu pulak telah menolak lamarannya. Mungkin kerana geram dan malu, dia membalas dendam. Dia memperkosa ibumu pada malam hari jadinya. Dia telah membubuh pil tidur dalam air minuman ibumu dan dalam keadaan ibumu tak sedarkan diri, dia melakukannya. Ibumu mengandung, tapi Ayah Alfi tidak mahu bertangungjawab. Dengan sokongan keluarga ibumu, ibumu menggugurkan kandungannya. Masatu ayah, belum mengenali ibumu." Encik Daud memulakan ceritanya sambil memandang ke arah jendela rumahnya.

       Makcik Leha pun menyambungkan cerita seterusnya"Ayahkau mengetahui kejadian ini dari ibu.Sebelum ibu bersetuju untuk mengahwini ayahmu, ibu telah menceritakan kisah pahit ibu pada ayahmu kerana tidak mahu dituduh sebagai seorang pendusta. Ayahmu amat marah dengan perbuatan ayah Alfi. Dia mahu membalas dendam tapi ibu yang melarang. Ibu mahu meninggalkan kenangan pahit ibu. Pada ibu, biarlah tuhan sahaja yang membalas perbuatannya. Pada saat itu, ayahmu berjanji akan membahagiakan ibu dan ibu dan ayah berjanji tidak akan mengenangkan lagi peristiwa itu dan tidak akan menjalinkan sebarang hubungan atau mendengar kisah keluarga ayah Alfi." Ibunya Yana mengakhiri ceritanya.

       Diana termenung diam, air matanya dah kering. Tak ada apa yang hendak dia kata. Kata putus dari kedua orang tuanya tak dapat dia membantah. Kalau dia di tempat mereka, mungkin dia pun akan bertindak sedemikian.

       Semenjak peristiwa itu, Yana kembali sunyi lagi. Dia terpaksa menturuti kehendak kedua ibu-bapanya. Walaupun batin dia menjerit tapi dia terpaksa menghadapinya. Masih dia ingat lagi kata-kata akhir dari lelaki yang pertama dia cintai. Ucapannya terakhir yang keluar dari mulut kekasihnya Alfi " Kalau ada jodoh, tak akan kemana......Abang akan berusaha kita akan dijodohkan...tunggu Alfi ya Yana" Kata-kata akhir dari Alfi. Tetapi sudah lima bulan lamanya berita dari Alfi dan suaranya sampai sekarang Yana tak terima.

     
       Diana menjalani hidupnya dengan mengyibukkan dirinya dengan berkerja dan membuat kerja sukarelawan di luar negara(Mengajar anak-anak yatim yang minat pereka fesyen secara percuma). Soal jodoh dia serahkan pada takdir. Buat masani, hatinya masih belum terbuka untuk bercinta lagi.        

Posted at 02:56 am by KaryaSofia
Comments (11)  




Friday, March 11, 2005
CERPEN SEDIH(Erti Persahabatan)

    Misha sinkap kembali tabir ingatannya. Sharon. Manis nama itu, semanis orangnya. Dialah kawan karib Misha yang selalu diingatannya. Sudah enam tahun mereka mengenali antara satu sama lain. Kegembiraan dan keperitan hidup di alam remaja mereka melalui bersama. Tetapi semua itu hanya tinggal kenangan sahaja. Misha kehilangan seorang sahabat yang tidak ada kalang-gantinya.
   
    Peristiwa itu berlaku dua tahun yang lalu. Sewaktu itu mereka sedang berada di kantin sekolah. Misha sedang marahkan Sharon kerana mengambil pena kesukaannya tanpa izinya dan menghilangkannya.

    Apabila Misha bertanya, dia hanya berkata yang dia akan menggantikannya. Misha tidak mahu dia menggantikannya. Kerana pena yang hilangtu berlainan dengan pena yang akan diganti oleh Sharon. Pena yang hilang itu adalah hadiah daripada Sharon sewaktu mereka pertama kali menjadi sepasang kawan karib.

    "Aku tak mahu kau menggantikannya! Pena yang hilangtu berharga bagiku! Misha memarahi Sharon." " Selagi kau tak jumpa penatu, selagi itulah aku tak akan bercakap dengan kau!" Marahnya Misha pada Sharon. Meja kantintu di hentaknya dengan kuat hingga terkejut Sharon. Misha yang mukanya memang kemerah-merahan, bila marah bertambahlah merahlah mukanya. Sharon dengan keadaan sedih dan terkejut hanya berdiamkan diri lalu beredar dari situ. Misha tahu Sharon berasa sedih mendengar kata-katanya itu. Misha tidak berniat hendak melukainya tetapi waktu itu dia terlalu marah dan tanpa dia sedari, mutiara jernih membasahi pipinya.

   "Sudah beberapa hari Sharon tidak datang ke sekolah. Aku merasa risau. Adakah dia sakit? Apa yang terjadi" Berkata-kata Misha seorang diri. Benak fikirannya diganggu oleh seribu satu pertanyaan "EH! Aku nak pergi  kerumahnyalah" Berbisik Misha di hatinya. Tetapi niatnya berhenti di situ. Dia merasa segan. Tiba-tiba talipon dirumah Misha berbunyi "Ring,riiiiiiiing,riiiiiiiiing,riiiiiiiing"Ibu Misha yang menjawab panggilan itu."Misha, oh, Misha "Teriak ibunya. "Cepat, salin baju. Kita pergi rumah Sharon ada sesuatu berlaku. Kakaknya Sharon talipon suruh kita pergi rumahnya sekarang jugak" Suara ibu Misha tergesa-gesa menyuruh anak daranya cepat bersiap. Tiba-tiba jantung Misha bergerak laju. Tak pernah dia merasa begitu. Dia rasa tak sedap. Ini mesti ada sesuatu buruk yg berlaku. "Ya Allah, kau tenteramkanlah hatiku. Apapun yang berlaku aku tahu ini semua ujianmu. Ku mohon jauhilah segala perkara yang tak baik berlaku. kau selamatkanlah sahabatku." Berdoa Misha pada Allah sepanjang perjalanannya ke rumah Sharon.

 
    Apabila tiba di sana, rumahnya dipenuhi dengan sanak -saudaranya. Misha terus menuju ke ibu Sharon dan bersalaman dengan ibunya dan bertanya apa sebenarnya yang telah berlaku. Ibunya dengan nada sedih memberitahu Misha yang Sharon dilanggar lori sewaktu menyeberang jalan berdekatan dengan sekolahnya." Dia  memang tidak sihat tapi dia berdegil nak ke sekolah. Katanya nak jumpa engkau. Tapi hajatnya tak sampai. Sampai di saat dia menghembuskan nafasnya, kakaknya yang ada disisinya ternampak sampul surat masa ada dia gengam ditangannya" terisak-isak suara ibu Sharon menceritakan pada Misha sambil menghulurkan surat yang Sharon beriya-iya sangat ingin memberikannya pada sahabatnya.

    Didalam sampul surat itu terdapat pena kesukaanku. Disitu juga terdapat notadaripadnya.

    
    MISHA SHARMIN,
                             AKU MINTA MAAAF KERANA MEMBUAT KAU MARAH KERANA TELAH MENGHILANGKAN PENA KESUKAANMU. SELEPAS ENGKAU MEMARAHI AKU, AKU PULANG DARI SEKOLAH SEWAKTU HUJAN LEBAT KERANA INGIN MENCARI PENAMU.DI RUMAH AKU TAK JUMPA.TAPI AKU TAK PUTUS ASA DAN CUBA MENGINGATINYA DAN AKU TERINGAT, PENATU ADA DI MEJA SCIENCE LAB . ITUPUN AGAK LAMBAT AKU INGIN KESEKOLAH KERANA BADANKU TAK SIHAT TAPI DENGAN BANTUAN SITI DIA TOLONG CARIKAN. PENATU SITI JUMPA DIBAWAH MEJAMU. TERIMA KASIH KERANA TELAH MENGHARGAI PEMBERIANKU DAN PERSAHABATAN YANG TERJALIN SELAMA SETAHUN. TERIMA KASIH SEKALI LAGI KERANA SELAMA INI MENGAJARKU TENTENG ERTI PERSAHABATAN.

                                                                                  SHARON OSMAN.

     Kolam mata Misha dipenuhi mutiara jernih yang akhirnya jatuh berlinangan dengan derasnya.Kalau boleh ingin dia meraung sekuat hatinya. Ingin dia memeluk tubuh Sharon dan memohon maaf padanya tapi apakan daya semuanya dah terlambat. Mayat Sharon masih di hospital. Tiba-tiba dentuman guruh mengejutkan Misha daripada lamunan. Barulah dia sedar bahawa dia hanya mengenangkan kisah silam. Persahabatan mereka lebih berharga daripada pena itu. Misha benar-benar menyesal dengan perbuatannya. Dia berjanji tak akan membenarkan peristiwa ini berulang kembali. Semenjak itu Misha rajin bersolat dan selesai solat dia akan membaca al quran dan berdoa dan bersedekahkan ayat-ayat al quran kepada sahabatnya. Dengan cara ini sahajalah yang dapat Misha balas balik jasanya Sharon dan mengeratkan persahabatanya. Semoga dengan kalam Allah Sharon akan bahagia di alam baza.

Posted at 02:59 am by KaryaSofia
Comments (6)  





SOFIA BERCITA-CITA INGIN MENULIS CERPEN SENDIRI. HASIL KARYANYA SENDIRI. SETIAP KARYA ADALAH DATANG DARI KARYANYA. SETIAP USAHA DARI TANGANNYA SENDIRI. JARI JEMARI NYA DAN AKAL FIKIRAN AKAN SETIASA BERGERAK-GERAK DAN MENANDINGI SETIAP PENULIS MELAYU TAK KIRA DIMANA MEREKA BERADA AGAR HOBBY PENULISAN AKAN TERUS HIDUP.

AKU WANITA SINGAPURA.

AKU WANITA YANG ADA PERKEJAAN SENDIRI.

AKU SUDAH BERUMAHTANGGA.

AKU MEMPUNYAI TIGA CAHAYAMATA.

AKU, SELAIN MENULIS CERPEN SUKA BERTARANUM AL QURAN.

AKU SUKA MENDENGAR BACAAN QARI TIMUR-TENGAH.

AKU SUKA HADIR KEMAJLIS ALLAH TERUTAMA MAJLIS TILAWAH AL QURAN.

TANPA PENULISAN DAN BERTARANUM AL QURAN HIDUP SOFIA TIDAK AKAN BERMAKNA.

BERTARANUM DAN PENULISAN CERPEN IA MESTI BERGANDING BAHU DI DALAM HIDUP SOFIA. ------------------------------------------------------------------------



   





<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Alhamdulillah, Aku memuji, aku bersaksi bahawa tiada Allah selain Allah semata, yang tiada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasulnya. Aku memohon pertolongan dan ampunan kepada Allah. Aku berlindung kepadanya daripada keburukan jiwa/hati dan daripada keburukan amal-amal aku. Hanya engkaulah tempat sebaik-baiknya aku meminta pentunjuk dan hanya engkaulah yang maha berkuasa, Raja sekala raja. Engkaulah yang aku sembah dan engkaulah yang aku pilih. Firman Allah:"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, yang telah menciptakan kamu dari seorang diri dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan keduanya Allah mengembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.Dan bertakwalah kepada Allah yang namanya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu ." Surah (AN-NISA') AYAT 1. LINK WEB SASTERA

ESASTERA

BAHASAWAN

KAKISENI

BERITA RSI

LINK WEB AL QURAN

S.J.I.(SUKARELAWAN.JEMAAH.IQRA.)

ASWATISLAM

ISLAMWAY

ISLAMICITY

HARUN YAHYA

RUMAH MAAL SJI

IKHLAS BAIK

QARI_SINGAPURA

QARI MELAYU

LINK BLOG MEMBERS

WARDAH

REPEN

BOBOOI

KUNCUP

SURIRAM

KATAKAMI

BASITA

MASMERAH

CHEEFF

SARIAH

ADIK COMEL

ZU408

MAYANG SARI

NONLEO

RASZAIN

ALZN

NCC

JIWAAPA

.






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed